31/07/2015:RTM Diminta Perbanyakkan Rancangan Keagamaan

Jabatan Penyiaran Malaysia Kawasan Sabah disaran menganjurkan lebih banyak rancangan keagamaan seperti Forum Anjung At-Taqwa.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, forum terbitan RTM itu mampu mendekatkan pendengar dengan kefahaman islam melalui penerapan konsep ilmu yang dibicarakan tokoh-tokoh agama jemputan.
Beliau membuat saranan itu dalam Forum Anjung At-Taqwa di Masjid Asmaul Husna Kampung Tinusa 2, Sandakan. Teks ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Zakaria Haji Edris.
Datuk Musa berharap forum bertajuk “Baiti Jannati-Rumahku Syurgaku” itu dapat memberi panduan dan ilmu yang boleh dijadikan landasan dalam mengharungi kehidupan sebagai umat Islam yang terbaik.
Forum Anjung At-Taqwa mula bersiaran secara langsung di Radio Malaysia Sabahfm sejak Februari lalu.
Ends/Donny (Amran/cov)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s