03/08/2015:Cadangan Penyediaan Tapak Pusat Latihan Perahu Layar Masih Dalam Perbincangan

Cadangan penyediaan tapak Pusat Latihan Perahu Layar di negeri ini masih dalam proses perbincangan, antara Kementerian Belia dan Sukan dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Menurut presidennya, Christopher SY Chin, penyediaan tapak tersebut melibatkan pembinaan bangunan yang dilengkapi bilik mengajar, bengkel serta stor penyimpanan perahu layar hasil sumbangan kerajaan negeri.

Christopher menaruh harapan agar proses penyediaan tapak pusat tersebut dapat dipercepatkan bagi melahirkan lebih ramai pelayar berbakat dari Sabah untuk diketengahkan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Beliau memaklumkan perkara itu ketika dihubungi Pemberita RTM di Kota Kinabalu.

Christopher berharap cadangan penyediaan tapak pusat latihan berkenaan dipilih di sekitar ibu negeri memandangkan sesi latihan sebenar dibuat di kawasan perairan laut Kota Kinabalu.

Ends/FLA (Farizie/Fup)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s