03/08/2015:Hadiah Menarik Menanti Pemenang Pertandingan Fotografi SIFF

Pertandingan Fotografi sempena Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa Sabah (SIFF) Ke-10 akan diadakan dengan hadiah wang tunai menarik untuk dimenangi.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, jumlah hadiah keseluruhan yang ditawarkan bernilai 7-ribu 700 ringgit.

Pemenang pertama akan menerima seribu 500 ringgit, kedua seribu ringgit dan ketiga 700 ringgit serta 300 ringgit bagi 15 penerima saguhati.

Beliau berkata demikian di Kota Kinabalu.

Menurut Datuk Masidi, pertandingan itu menyediakan lapan tema, antaranya, perkampungan SIFF, festival seni rakyat, pertandingan tarian, program tugu budaya etnik Sabah, perarakan SIFF, pameran kraf tangan dan makanan tradisi.

Pertandingan itu terbuka kepada warganegara Malaysia dan karya hendaklah dihantar ke Balai Seni Lukis Sabah pada 15 Ogos ini. Maklumat lanjut boleh menghubungi balai tersebut di talian 088-254 958 atau Rinah Linggom di talian 019-8400 178.

 
 
Ends/FLA (Maria/Int)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s