03/08/2015:Saksi Ke-108 Dipanggil Semula Untuk Sambung Keterangan

Perbicaraan kes pencerobohan Lahad Datu, dua tahun lepas diteruskan HARI INI, setelah sebulan ditangguhkan. Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memanggil semula Saksi Ke-108, Sarjan Mejar Abdul Kassim Abdul Karim dari Unit Pemusnah Bom, Cawangan Persenjataan Ibu Pejabat Polis Kepayan (IPK) Sabah untuk menyambung keterangan.

Ketika menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya, Jamil Aripin, Sarjan Mejar Abdul Kassim mengesahkan kesemua bahan bukti yang diperolehi daripada ASP Mohd Faiz Che Mat telah melalui ujian balisitik.
Hasil daripada ujian tersebut yang dilakukan terhadap dua pistol jenis revolver mendapati, satu daripadanya rosak, manakala sebuah pistol lagi berfungsi dengan baik.
Sementara itu, beliau juga telah memeriksa 72-butir peluru dan mendapati kesemua peluru tersebut masih aktif dan boleh digunakan. Bagaimanapun, kesemua peluru itu tidak melalui ujian balisitik kerana tiada senjata dibekalkan bagi ujian tersebut.
Sarjan Mejar Abdul Kassim memberitahu demikian ketika diminta memeriksa bahan bukti bertanda ID41 hingga ID56 yang diterima daripada ASP Mohd Faiz . Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Stephen Chung di Kompleks Jabatan Penjara Sabah.
Ends/alizaali/FLA (Rita/WN)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s