04/08/2015:Pelajar Di Luar Negara Diminta Jaga Nama Baik Negara

Pelajar yang melanjutkan pengajian ke luar negara diingatkan agar sentiasa menjaga nama baik Malaysia dan kepimpinan negara. Ini kerana, mereka turut berperanan sebagai duta yang membawa nama baik negara di mata dunia.  

Menurut Ahli Parlimen Tenom,  Datuk Raime Unggi, para pelajar tidak seharusnya mudah terpengaruh dengan isu-isu semasa berkaitan negara yang disebarkan di laman-laman social.

Beliau berucap dalam majlis menyambut kedatangan Badan Perhubungan UMNO Negara United Kingdom ke Program Kemasyarakatan CHANCE Jelajah Sabah 2015 di Tenom.

Beliau juga berharap para pelajar membantu usaha kerajaan mempromosi kepelbagaian keunikan kebudayaan dan pelancongan yang terdapat di negeri ini kepada masyarakat luar.

Sementara itu, Ketua Wanita UMNO Tenom Datuk Rahmajan Sulaiman Khan berkata, seramai 37 penuntut Malaysia dari beberapa  universiti di United Kingdom terlibat dalam program kemasyarakatan bersama wanita umno Tenom di Kampung Gumisi di Daerah Kecil Kemabong, Tenom, Papar dan Kota Kinabalu sehingga 8 Ogos ini.

Mereka bukan sahaja didedahkan dengan aktiviti kemasyarakatan malah diberi peluang berkongsi ilmu pengetahuan yang dipelajari kepada masyarakat luar bandar.

Loy/Awang/Cov-an
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s