04/08/2015:Pencapaian Terbaik Dalam Penarafan Indeks Akaundabiliti

Negeri Sabah merekodkan pencapaian terbaik dalam Penarafan Indeks Akauntabiliti oleh Ketua Audit Negara untuk tiga tahun berturut-turut. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, tahun lalu, sebanyak 24 daripada 35 organisasi mendapat penarafan empat bintang, berbanding pada 2013 hanya 20 organisasi mendapat penarafan berkenaan.

Daripada jumlah itu, enam buah merupakan badan berkanun negeri iaitu Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri Sabah, Koperasi Pembangunan Desa, Lembaga Industri Getah Sabah, Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah, Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah dan Koperasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah.

Beliau berucap merasmikan Kursus Ahli Lembaga Pengarah Badan Berkanun dan Agensi Kerajaan Negeri Sabah 2015, di Kota Kinabalu.

Sambil berharap pencapaian itu terus ditingkat dan dikekalkan, Datuk Musa mahu setiap operasi organisasi dibuat mengikut peraturan dan perundangan yang digariskan, tanpa salah guna kuasa dalam mengendali kewangan yang ada.

Esna/Ha/Gautham/Cov-an
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s