04/08/2015:Perintah Berkurung Dilanjutkan Bermula 6 Hingga 21 Ogos

Fasa ke-24 perintah berkurung di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang berakhir esok, dilanjutkan bermula 6 hingga 21 Ogos, berkuat kuasa daripada pukul 7 malam hingga 5 pagi.

Pelaksanaannya melibatkan jarak tiga batu nautika dari perairan enam daerah merangkumi Sandakan, Kinabatangan, Semporna, Lahad Datu, Kunak, dan Tawau.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata keputusan melanjutkan perintah berkurung itu dijalankan selepas mengambil kira situasi keselamatan di kawasan berkenaan serta atas permintaan banyak pihak.

Katanya, keputusan dibuat berdasarkan pendedahan maklumat mengenai ancaman daripada ‘Kidnapping For Ransom’ (KFR) dan kumpulan Abu Sayyaf yang masih cuba menceroboh, sekaligus melakukan jenayah rentas sempadan termasuk menculik serta samun bersenjata.

Lanjutan perintah berkurung itu juga bagi memudahkan anggota keselamatan melaksanakan penguatkuasaan, termasuk memantau segala pergerakan bot yang mencurigakan serta menyekat aktiviti penyeludupan manusia, dadah dan senjata api.

Ends/an/brn-an
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s