04/08/2015:Sambut Baik Kenyataan SPRM

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Abdul  Rahman Dahlan menyambut baik kenyataan yang dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai dana berjumlah 2.6 billion ringgit yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik Perdana Menteri itu sebenarnya adalah sumbangan daripada penderma dan bukan dana 1Malaysia Development Berhad.

Datuk Rahman yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata kenyataan SPRM itu berjaya menjawab pelbagai tohmahan yang dilemparkan terhadap Perdana Menteri.

Beliau menyatakan demikian kepada media dalam Majlis Jalinan Mesra dan Sambutan Aidilfitri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah di Kota Kinabalu.

Dalam majlis itu, Datuk Rahman turut menyampaikan sumbangan berjumlah 163-ribu ringgit kepada balu mendiang Apolos Jeremos yang terkorban semasa menjalankan operasi memadam kebakaran di Sandakan baru-baru ini.

 
ear/ay/cov-an
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s