06/08/2015:Program Kampung Sejahtera Untuk Basmi Kemiskinan

Kampung-kampung di negeri ini akan dilibatkan dalam Program Kampung Sejahtera dibawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar KPLB Sabah bertujuan  membasmi kemiskinan dalam kalangan penduduk.

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Radin Malleh, program tersebut memberi tumpuan secara khusus kepada kampung-kampung yang mundur bagi pembangunan secara holistik melalui projek-projek fizikal dan ekonomi yang mampu meningkatkan pendapatan penduduk.

Program itu juga dapat mentranformasi kampung agar lebih membangun dan penduduknya mempunyai tahap sosioekonomi lebih baik.

Beliau menyatakan demikian ketika Majlis  Penutupan Bengkel Penyediaan Pelan Tindakan Kampung Sejahtera yang disertai 60 peserta di Kampung Rayoh, Pangie Tenom.

Bengkel anjuran KPLB dan INFRA Sabah itu merupakan program yang melibatkan penglibatan aktif penduduk kampung dalam memberi cadangan dan pandangan bagi merealisasikan kejayaan Program Kampung Sejahtera khususnya berkaitan projek ekonomi.

Rtka/Rtka (Loy/Awang/Cov)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s