06/08/2015:Tindakan Tegas Terhadap Individu Yang Melakukan Penyambungan Elektrik Secara Haram

Individu yang dikesan melakukan penyambungan elektrik secara haram ketika Operasi Bersepadu dijalankan selama tiga hari bermula HARI INI di daerah Sandakan, akan didakwa di mahkamah. 

Pengarah Kawasan Pantai Barat Sabah Suruhanjaya Tenaga, Nazlin Ab Alim Sadiki berkata pendakwaan akan dilakukan di bawah Seksyen 37 (3) Akta Bekalan Elektrik 1990.

Tindakan tegas harus dikenakan terhadap mereka yang melakukan penyambungan elektrik secara haram khususnya di penempatan setinggan agar tidak ada lagi kes individu terbunuh.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pelaksanaan operasi itu di Sandakan. Turut hadir, Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Abd Rashid Harun dan Pengurus Kanan (Pengurusan Aset) Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Muhamad Nazri Pazil.

Menurut Nazlin, operasi tersebut dilaksana di Sandakan sebelum dilakukan di  daerah lain, dan kawasan penempatan setinggan yang telah dikenal pasti.

Rtka/Rtka (amran/bernama)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s