07/08/2015:ESSCOM Lancar Ops Gasak Secara Besar-Besaran HARI INI

Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) HARI INI melancarkan ‘Ops Gasak’ secara besar-besaran untuk memburu saki-baki pendatang asing tanpa izin (PATI) di perkampungan setinggan Mangkalinau yang terletak di pinggiran bandar Sandakan.

Komander ESSCom, DCP Datuk Abdul Rashid Harun berkata ‘Ops Gasak’ yang melibatkan lebih 300-anggota keselamatan itu dilaksanakan serentak dengan operasi bersepadu membanteras sambungan elektrik di perkampungan berkenaan.
Jelasnya, operasi itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan ESSCom untuk membersihkan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZOne), termasuk di Sandakan daripada PATI.
Beliau berkata demikian di Sandakan.
Semalam, ESSCom membantu menjayakan operasi bersepadu membanteras sambungan haram elektrik di penempatan setinggan berhampiran rumah pangsa Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) di Jalan Batu Sapi, dekat Sandakan.
Selain ESSCom, operasi turut disertai Suruhanjaya Tenaga, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), MPS, polis, imigresen, Jabatan Bekalan Air dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Ends/alizaali/Bernama.
sheryl

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s