07/08/2015:Kekalkan Keamanan Dan Keharmonian Rakyat

Penerapan prinsip menghormati perbezaan, meraikan kepelbagaian dan memupuk hubungan baik sesama masyarakat pelbagai kaum dan agama mampu mengekalkan keamanan dan keharmonian rakyat.

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata pendidikan di sekolah harus menekankan tiga prinsip tersebut, selain penerapan nilai-nilai murni seperti jujur, amanah dan bertanggungjawab.

Katanya, guru-guru perlu sentiasa menerapkan prinsip dan nilai-nilai murni tersebut dalam diri pelajar menerusi proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti ko-kurikulum.

Beliau menyatakan demikian dalam ucapan Perasmian Sambutan Hari Guru dan Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik Peringkat Daerah Keningau 2015 di Keningau. Teks ucapannya dibacakan Setiausaha Politiknya, Wilfredoline Jatil.

Tan Sri Pairin turut menyarankan para guru agar merebut peluang untuk menambah ilmu dan kemahiran demi mempertingkat profesionalisme dalam kerjaya.

Pada majlis itu, Johnatan Ensin @ Razalie, Jimina Payus @ Dores dan Siti Aisah Haji Maidin dianugerahkan sebagai Tokoh Guru 2015 Peringkat Daerah Keningau.

Ends/alizaali/Donny/Cov
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s