07/08/2015:Pos Malaysia Dan SKMM Lakar Sejarah

Selepas berjaya melancarkan Peti Pos Pertama Tertinggi di Gunung Kinabalu pada 14 Februari lalu, Pos Malaysia Berhad bersama-sama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sekali lagi melakar sejarah apabila berjaya melancarkan Peti pos dasar laut paling dalam di dunia di Pulau Layang-Layang berhampiran Kepulauan Spratly di Laut China Selatan.

Menurut Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato Jailani Johari, peti pos dasar laut pada kedalaman 40-meter itu berjaya mengatasi peti pos dasar laut di beberapa negara lain seperti Vanuatu, Bahamas dan St. Thomas serta di Susami Wakayama, Jepun yang hanya berada pada kedalaman 10-meter yang ketika ini adalah pemegang Guiness World Record.

Satu-satunya pulau di Laut China Selatan yang mempunyai kemudahan pusat peranginan itu hanya dibuka kepada pelancong selama enam bulan iaitu dari Mac hingga Ogos setiap tahun, merupakan tumpuan pelancong khususnya para penyelam dari dalam dan luar negara.

Beliau bercakap dalam sidang media selepas melancarkan Poskod Khas dan Peti Pos Dasar Laut Paling Dalam sempena Program Kedaulatan Pulau Layang-Layang Malaysia di Pulau Layang-Layang.

SKMM dan Pos Malaysia memberikan poskod khas 88005 kepada pulau tersebut dan melantik Avillion Layang-Layang Resort sebagai agen pos di pulau itu, sekaligus menyediakan perkhidmatan posmen dasar laut pertama di Malaysia untuk memungut semua poskad kalis air yang digunakan.

Ends/alizaali/ear/ta/cov
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s