07/08/2015:Rakyat Perlu Selami Tema ‘Sehati Sejiwa’

Rakyat diajak untuk menyelami tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini iaitu ‘Sehati Sejiwa’ dalam usaha memperkukuh perpaduan dan semangat patriotisme.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata tema sehati sejiwa mencerminkan semangat kesepaduan, kesefahaman, persaudaraan dan sifat kemanusiaan rakyat Malaysia, merangkumi Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

Sehubungan itu, beliau mengajak rakyat untuk mengambil inisiatif memperkukuh keakraban dan kesatuan dan bergerak sama membina negara agar terus cemerlang dan gemilang.

Datuk Musa menyatakannya dalam ucapan Pelancaran Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Sutera Harbour Resort 2015 di Gelanggang Tenis Tertutup, Sutera Harbour Marina & Country Club, Kota Kinabalu. Teks ucapannya dibacakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ellron Alfred Angin.

Sambil memuji inisiatif Sutera Harbour Resort yang menganjurkan majlis tahunan itu, Datuk Musa berkata usaha tersebut wajar dicontohi pihak lain.Majlis turut diserikan dengan Bacaan Rukun Negara dan Persembahan Silat.

Ends/alizaali/MFJA/ZA/Cov
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s