17/08/2015:Dana RM1.4 Juta Untuk JKKK Seluruh Negeri

Kerajaan menyediakan dana sejumlah 1.4 juta ringgit kepada 2 ribu 854 Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) di seluruh negeri.

Ia bagi mempromosi Hari Sukan Negara 2015 yang disambut pada 10 Oktober depan.

Menurut Pembantu Menteri Belia dan Sukan, Datuk Masiung Banah, agihan peruntukan itu dibuat berdasarkan senarai JKKK yang berdaftar dengan kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Setiap Pengerusi JKKK akan menerima 500 ringgit dan agihannya akan dilakukan dalam tempoh terdekat.

Datuk Masiung ditemui pemberita selepas merasmikan Program Promosi Hari Sukan Negara 2015 Peringkat Daerah Tawau di Kompleks Sukan Tawau.

Ujarnya, Pengerusi JKKK yang berminat mendapatkan peruntukan itu hendaklah mempunyai akaun JKKK, selain kriteria lain ditetapkan.

Mengenai program itu, beliau memuji inisiatif Kelab Generasi Bola Tawau (GBT) kerana mempelopori kempen mempromosikan Hari Sukan Negara di Sabah.

Inisiatif itu wajar dicontohi persatuan atau kelab lain dalam usaha menyokong dasar kerajaan.

Selain mempromosi Sukan Negara, kempen itu katanya, sekaligus mempromosi gaya hidup sihat dalam kalangan rakyat serta perpaduan sesama masyarakat yang terlibat.

 
Maria (Tamrin/Cov)
 sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s