17/08/2015:Jadi Responder Pertama Dalam Setiap Penugasan

Anggota RELA yang terpilih menganggotai Pasukan Pengurusan Krisis (CMT) harus menjadi ‘Responder Pertama’ dalam setiap penugasan yang membabitkan krisis di daerah masing-masing.

Pengarah RELA negeri, Samasuddin Lawi berkata, ia selaras dengan kemahiran dan kepakaran yang mereka miliki, selain mengetahui Prosedur Operasi Standard (SOP) apabila berlakunya bencana alam, kebakaran atau mencari orang hilang.

Beliau memberitahu media selepas merasmikan majlis penutupan Kursus Asas CMT RELA Siri 01/2015 di Pusat Latihan RELA negeri di Tuaran.

Terdahulu, Samasuddin berkata, peranan dan fungsi pasukan CMT berpotensi besar untuk dikembangkan. Sehubungan itu, setiap anggota harus membuktikan kebolehan mereka dengan penuh dedikasi untuk menjadi penanda aras kepada pasukan lain di dalam pasukan sukarelawan Negara.

Seramai 143 anggota RELA dari seluruh Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Lawas, Sarawak, berjaya menamatkan Kursus Asas CMT RELA.

Platun Lima dinobatkan sebagai Platun Terbaik, manakala Johan Pertandingan Larian 6.8 kilometer berkumpulan dimenangi Platun Satu.

 
 Maria (Emran/Cov)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s