17/08/2015:Pelaksanaan Stesen Janakuasa Sandakan Dan Ulu Padas, Tenom Sedang Dalam Perbincangan

Pihak yang dipertanggungjawab untuk mengendalikan stesen janakuasa berkuasa gas di Sandakan dan projek Stesen Janakuasa Hidro Ulu Padas, Tenom, kini sedang dalam peringkat perbincangan.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Ongkili berkata, bagi Stesen Janakuasa berkuasa gas 380 megawatt di Sandakan, keputusannya akan diketahui sebelum akhir tahun ini. Manakala syarikat yang akan mengendalikan Stesen Janakuasa Hidro Ulu Padas, Tenom akan diketahui awal tahun depan.

Sebaik beroperasi, kedua Stesen Janakuasa itu akan membekalkan tenaga di Sandakan dan seluruh negeri.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan persidangan Antarabangsa Kejuruteraan Sistem Elektrik Kuasa Besar di Kota Kinabalu.

Lebih 300 pakar, jurutera dan ahli akademik dalam bidang elektrik kuasa besar dari lebih 40 buah negara menghadiri persidangan tersebut.

Antaranya United Kingdom, Peranchis, Jerman, Korea, Jepun, China, Taiwan, Indonesia, Australia dan Malaysia.Sebanyak 50 kertas kerja dibentangkan dalam persidangan yang diadakan selama enam hari itu.

Maria (Jean/Cov)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s