17/08/2015:Prestasi Hambar Sabah Rhinos Mengecewakan

Berita Sukan. Ketua Menteri merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman kecewa dengan aksi permainan hambar skuad Sabah Rhinos dalam Liga Perdana Malaysia, musim ini.

Beliau menyifatkannya sebagai tidak berdaya saing, tidak komited dan kurang ketahanan serta tidak berdisiplin.

Beliau berucap pada majlis penutupan Kejohanan Bola Sepak Sabah Piala Datuk Musa Aman 2015, di Kota Kinabalu.

Datuk Musa berkata, setiap pemain perlu aktif dan menunjukkan komitmen tinggi serta bekerja dalam satu pasukan bagi memastikan skuad Sabah Rhinos mencapai kemenangan berterusan dan muncul sebagai juara liga.

Setelah mengharungi 20 perlawanan, Sabah kini berada pada kedudukan ke-7 dengan pungutan 27 mata.

Esok, Sabah akan menentang Kedah di Stadium Darul Aman, sekaligus merupakan perlawanan terakhir Sabah untuk Liga Perdana Malaysia, musim ini.

Terdahulu, beliau berkata, Kejohanan Bola Sepak Piala Datuk Musa bertujuan mencungkil lebih banyak pemain muda yang berbakat di negeri ini, untuk didedahkan ke peringkat negeri dan kebangsaan.

Dalam kejohanan itu, pasukan bola sepak Sandakan muncul juara dengan membawa pulang wang tunai 25 ribu ringgit, piala pusingan berserta pingat. Naib juara dan tempat ketiga, masing-masing disandang pasukan Tenom dan Tawau, yang membawa pulang wang tunai 12 ribu 500 dan 4 ribu 500 ringgit berserta piala dan pingat.

Maria (Donny/Cov-Brna)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s