17/08/2015:Sandakan Dan Lahad Datu Jadi Lokasi Eksesais CARAT

Buat pertama kali, latihan bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Tentera Laut Amerika Syarikat (USN) menerusi Eksesais Kerjasama Kesiagaan dan Latihan (CARAT) 2015, dilaksanakan di perairan Sabah.

Ketua Staf Markas Angkatan Bersama, Mejar Jeneral Datuk Kamarulzaman Mohd Othman berkata, perairan Sandakan dan Lahad Datu dipilih untuk eksesais selama 12 hari, membabitkan 600 anggota ATM dan 350 anggota USN.

Katanya, eksesais itu bertujuan meningkatkan keupayaan dan saling khidmat dalam perancangan dan pelaksanaan operasi bersama serta gabungan antara kedua-dua angkatan tentera.

Mejar Jeneral Datuk Kamarulzaman ditemui pemberita selepas merasmikan pembukaan CARAT 2015 di KD Sri Sandakan, Pangkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Sandakan.

Sementara itu, Pegawai Memerintah Pasukan Petugas 73 USN, Laksamana Muda Charles Williams berkata, peningkatan kerjasama ketenteraan itu mempamerkan kematangan hubungan antara kedua-dua angkatan laut dan peserta eksesais, yang akan bertukar amalan terbaik mereka dalam siri seminar ketenteraan.

CARAT adalah satu kaedah praktikal untuk kedua-dua angkatan laut bekerjasama untuk berhadapan keutamaan keselamatan maritim dalam suasana latihan yang realistik.

Maria (Amran/Cov-Brna)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s