17/08/2015:SIFF Platform Perkukuh Jalinan Dan Perkongsian Budaya

Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa (SIFF) 2015  merupakan platform memperkukuh jalinan serta perkongsian budaya dalam kalangan negara peserta.

Demikian dinyatakan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Kamarlin Haji Ombi.

Menurutnya, setiap tahun SIFF semakin menunjukkan kematangan dalam menarik penyertaan negara dari seluruh dunia menerusi persembahan unik serta menarik.

Datuk Kamarlin berucap dalam majlis perpisahan peserta SIFF 2015 di perkarangan Balai Seni Lukis Sabah di Kota Kinabalu.

Kenyataan beliau disokong Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Wences Angang yang mengakui SIFF tahun ini dianjurkan dengan cemerlang sekaligus memupuk integrasi dan persahabatan negara peserta menerusi kesenian dan kebudayaan.

Dalam majlis itu, Datuk Kamarlin turut menyampaikan hadiah kepada pemenang  Pertandingan Fotografi sempena SIFF 2015 yang dimenangi Soon Kian Kwat dengan hadiah wang tunai 1-ribu 500-ringgit serta sijil.

Tempat kedua dan ketiga dimenangi Clement Liew Ket Hin dan Lee Chien Chiang. Mereka membawa pulang hadiah wang tunai seribu dan 700-ringgit beserta sijil.

SIFF 2015 anjuran Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah menyaksikan Russia dinobatkan sebagai juara keseluruhan kategori tarian antarabangsa. Sementara SK St.James dan SM All Saints, Kota Kinabalu pula menjuarai Program Tugu Budaya menerusi kategori sekolah rendah dan menengah.

Ends/Farizie/Cov-an
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s