19/08/2015:Kemuka Penyata Taksiran GST

Syarikat berdaftar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di beri tempoh sehingga 24 Ogos ini untuk mengemukakan penyata taksiran GST mereka.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, syarikat yang gagal berbuat demikian akan didenda di bawah Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.

Menurutnya, daripada 286 ribu syarikat yang layak dikenakan cukai, 36 ribu syarikat yang berpendapatan di bawah 5 juta ringgit, belum menghantar taksiran. 

Datuk Khazali memberitahu sidang media selepas Mesyuarat Pengarah-Pengarah Kastam SeMalaysia kali ke-77 di Kota Kinabalu.

Terdapat dua jenis tempoh bercukai dalam GST iaitu penyata bulanan bagi perolehan tahunan 5 juta ringgit ke atas, manakala penyata setiap 3 bulan bagi perolehan di bawah 5 juta ringgit.

Setakat ini, lebih 56 ribu iaitu 95 peratus syarikat berpendapatan 5 juta ringgit ke atas telah menghantar taksiran cukai mereka. 

 
Ends/Maria/Cov/Rina
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s