19/08/2015:Kes Denggi Di Sabah Catat Peningkatan

Bagi tempoh Januari hingga 17 Ogos tahun ini, kes denggi di Sabah mencatat peningkatan sebanyak seribu 723-kes. Bagaimanapun, tiada pertambahan jumlah kematian dicatatkan. Kes Malaria pula mencatatkan penurunan.

Sehubungan itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Dr. Christina Rundi menasihatkan penduduk untuk sentiasa memastikan kawasan persekitaran bersih dan bebas daripada pembiakan nyamuk.

Beliau berucap dalam Simposium Antarabangsa bertemakan ‘War Against Mosquito-Borne Diseases’ yang dihadiri lebih 100-peserta di Kota Kinabalu.

Sementara itu, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Insinyur Edward Yong Oui Fah yang berucap dalam majlis itu berkata, simposium dua hari yang melibatkan pakar penyelidik dari negara Amerika, Myanmar, Filipina, Taiwan, Vietnam dan England itu penting untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya penyakit bawaan nyamuk termasuk malaria dan denggi.

Pelbagai hasil kajian akan dibentangkan merangkumi kajian ke atas penyakit malaria dan denggi, ekologi nyamuk serta kaedah mengawal dan menghapus virus bawaan nyamuk.

 
Ends/Shon/AJ/Cov/Rina
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s