19/08/2015:Polis Sandakan Berkas 11 Individu

Polis Sandakan berjaya menangkap 11 individu yang terbabit dalam kes pecah rumah dan curi harta benda sejak Julai lepas hingga semalam. Sepuluh daripada suspek berkenaan juga didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Zabidi Md Zain berkata, berikutan penangkapan itu,  polis menyelesaikan 18 kes pecah rumah dan curi harta benda melibatkan kawasan taman perumahan dan kedai dari Bandar Sandakan hingga ke Batu 12 Jalan Labuk.

Sebanyak 91 barangan pelbagai jenis turut dirampas daripada enam tangkapan termasuk komputer riba, telefon bimbit, barangan elektrik, sebuah motosikal dan dua kereta.

Beliau menyatakan demikian dalam sidang media di Balai Polis Sandakan.

Tambah ACP Zabidi,  faktor kelalaian pemilik seperti meninggalkan rumah tidak berkunci, meninggalkan kunci di kenderaan dan meletakkan barang di tempat tidak selamat menjadi penyumbang berlakunya kejadian curi berkenaan.

Ends/wan/nizam/cov
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s