20/08/2015:Daya Tarikan Baharu Di Lahad Datu

Kawasan Konservasi Persisiran Pantai Silam berpotensi menjadi satu lagi daya tarikan eko-pelancongan baharu di kawasan Lahad Datu. Ketika ini, Lahad Datu mempunyai beberapa destinasi pelancongan di Pusat Penyelidikan Lembah Danum, Borneo Rainforest Lodge dan Rezab Hidupan Liar Tabin.

Ahli Parlimen Silam, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur berkata, ke arah memajukan sektor pelancongan di Lahad Datu, pihaknya akan bekerjasama dengan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) bagi meningkatkan tahap keselamatan di kawasan itu.

Beliau ditemui media selepas merasmikan Seminar Ekspedisi Saintifik Persisiran Pantai Silam 2015 di Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu.

Menurutnya, kewujudan destinasi pelancongan baharu di kawasan itu secara tidak langsung, menyediakan peluang ekonomi yang mapan kepada penduduk setempat.

 
ear/rg/cov/Juliana
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s