20/08/2015:ESSCOM Perlu Bekerja Sebagai Satu Pasukan

Anggota Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) perlu bekerja sebagai satu pasukan bagi memelihara keselamatan dan kesejahteraan rakyat di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Borhan Dolah berkata, semua pihak termasuk ESSCOM perlu memperbetulkan persepsi rakyat negeri ini, kononnya kerajaan persekutuan kurang serius menangani soal keselamatan dan pendatang tanpa izin (PATI).

Katanya, kerajaan persekutuan amat komited dalam menyelesaikan apa jua isu-isu berbangkit yang dihadapi rakyat negeri ini, termasuk soal keselamatan dan isu PATI.

Beliau berkata demikian selepas melawat pos kawalan Tanjung Batu yang terletak berhampiran Tanduo, Lahad Datu.

Datuk Borhan berkata, lawatannya itu bertujuan menyelesaikan pelbagai perkara, termasuk menyelaras pelbagai program pembangunan persekutuan yang boleh membantu ESSCOM menjalankan tugas dengan lebih berkesan di ESSZONE.

 
Juliana/st
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s