20/08/2015:Pegawai Undang-Undang Dipanggil Sebagai Saksi Ke-128

Perbicaraan kes 30 individu berhubung aktiviti keganasan di Sabah lebih dua tahun lepas disambung hari ini dengan memanggil saksi ke-128, Pegawai Undang-undang di Jabatan Peguam Negara, Dato’ Mohamad Hanafiah Zakaria.

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini diberitahu, ACP Yusoff telah beberapa kali membuat permohonan pintasan komunikasi beberapa suspek. Antaranya Datu Agbimuddin Kiram, Duham Hadi, Thani, Datu Amir Bahar, Abdul Majil, Basil Samion dan Anuar.

Permohonan tersebut diserahkan kepada Dato’ Mohamad Hanafiah untuk diluluskan. Sebelum borang permohonan diserahkan, ACP Yusof juga membuat permohonan menerusi panggilan telefon kepada Dato’ Mohamad Hanafiah.

Menjawab soalan Pendakwa Raya Datuk Abdul Wahab Mohamed, Dato’ Mohamad Hanafiah memberitahu, bahawa beliau meluluskan pintasan komunikasi tersebut.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Kota Kinabalu.

wani/cov/Juliana
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s