20/08/2015:Permintaan Kerajaan Negeri Diberi Kuasa Lebih Besar Terhadap Projek Luar Bandar Perlu Dilhat Secara Positif

Kerajaan persekutuan perlu melihat secara baik dan positif terhadap permintaan kerajaan negeri supaya diberi kuasa lebih besar terhadap projek luar bandar di Sabah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Mohd Noor berkata, dengan adanya kuasa yang besar dalam pembangunan berkenaan, perancangan dan pelaksanaan projek infrastruktur serta program bantuan rumah dapat diselaras serta dilaksana secara menyeluruh.

Datuk Hajiji berkata demikian sebagai mengulas permintaan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berhubung perkara itu.

Beliau ditemui media selepas merasmikan Pameran Sejarah Transformasi dan Pembangunan Negeri ‘Sehati Sejiwa’, sempena sambutan Bulan Kebangsaan 2015 Peringkat Negeri di Kota Kinabalu.

Terdahulu, Datuk Hajiji yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri melawat pameran sejarah transformasi dan pembangunan negeri Sabah oleh beberapa agensi.

Pameran itu untuk membolehkan rakyat, khususnya generasi muda mengetahui sejarah kejayaan negeri sejak merdeka.

Maria/Cov/Juliana
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s