25/08/2015:BAKISA Mahu Pertahan Kejuaraan Dalam Acara Badminton

Seramai 42 orang ahli badan amal dan kebajikan isteri wakil-wakil rakyat Sabah (BAKISA) akan menyertai Kejohanan Sukan sempena program tahunan isteri wakil-wakil rakyat Barisan Nasional Malaysia bermula 2 hingga 6 September depan di Perak.

Pengerusi Biro Sukan BAKISA, Datin Seri Panglima Julia Salag berkata, mereka akan menyertai dua acara yang dipertandingkan iaitu badminton dan boling.

Beliau ditemui pemberita RTM selepas melakukan kunjungan terhadap Isteri Yang Dipertua Negeri yang juga Penaung BAKISA, Toh Puan Hajah Norlidah Tan Sri R.M Jasni di Istana Negeri, Kota Kinabalu.

Datin Julia berkata, BAKISA akan berusaha untuk mempertahankan kejuaraan dalam acara badminton yang dimenangi sebanyak 10 kali dalam kejohanan tersebut.

Mengenai program itu, beliau berkata, ia memberi peluang kepada ahli-ahli Bakisa merapatkan silaturahim dalam kalangan isteri-isteri wakil rakyat di seluruh negara.

Ends/Donny (Wani/cov)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s