25/08/2015:MKM Bantu Pembangunan Koperasi Negeri

Kejayaan Maktab Koperasi Malaysia (MKM) Cawangan Sabah melahirkan graduan dalam bidang pengurusan koperasi mampu membantu membangunkan koperasi di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin berkata, latihan yang diterima itu menjadikan gerakan koperasi lebih progresif dan mempunyai pemimpin yang berwibawa.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Seminar Budaya Kerja Cemerlang sempena Majlis Konvokesyen Penganugerahan Sijil Pengurusan Koperasi 2014/2015 di Kota Kinabalu.

Teks ucapan beliau dibacakan Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Negeri, Datuk Ujang Sulani.

Datuk Haji Yahya berkata, graduan MKM perlu mengaplikasikan ilmu yang diperolehi dalam usaha membantu membangunkan koperasi sebagai jentera penggerak pertumbuhan ekonomi negara.

Seramai 17 pelajar menerima Sijil Pengurusan Koperasi Sesi 2014/2015 dalam majlis tersebut.Setakat ini, terdapat seribu 223 buah koperasi di Sabah.

 
 
Ends/Esna. (Esna/Hs/Cov)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s