25/08/2015:Usaha Membiak Baka Badak Sumatra

Sabah akan bekerjasama dengan kumpulan pakar dari Institut Zoo dan Hidupan Liar Berlin, Jerman dalam usaha membiak baka badak Sumatra yang semakin pupus.  

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, William Baya berkata, pihaknya juga akan mendapatkan bantuan pakar tempatan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan MARDI untuk tujuan sama.

Langkah pembiakan baka haiwan itu, melibatkan tiga ekor badak yang kini dipelihara dalam kurungan di Sanktuari Badak Borneo di Tabin.

William menyatakan demikian dalam satu kenyataan sebagai mengulas kenyataan para saintis berhubung kepupusan badak Sumatra di hutan Malaysia.

Sehubungan itu, pihaknya akan menggunakan Teknik Pembiakan Maju seperti Permanian Interselular untuk menghasilkan embrio. Seterusnya mencari ibu tumpang yang sihat dikenalpasti di Indonesia untuk membawa embrio itu.

Ends/Esna. (Bernama)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s