26/08/2015:Ekonomi Negara Di Tahap Baik

Keadaan ekonomi semasa negara berada pada tahap baik serta kekal pada momentumnya meskipun berdepan kemerosotan nilai mata wang Ringgit Malaysia.

Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Datuk Dr. Kasim Haji Md. Mansur berkata asas fundamental ekonomi masih kukuh, manakala kadar inflasi pada kadar 3 hingga 3.5 peratus serta kadar pengangguran di bawah 5-peratus.

Profesor Datuk Dr. Kasim berkata demikian dalam temubual khas bersama RTM di Kota Kinabalu.

Demi memastikan fundamental ekonomi kekal stabil, beliau berkata kerajaan perlu mengawal kadar inflasi, pengangguran, aktiviti eksport import dan pelaburan langsung asing serta perbelanjaan kerajaan agar ekonomi kekal kompetetif.

Menurutnya, kejatuhan nilai ringgit bukan disebabkan faktor dalaman tetapi dipengaruhi ekonomi semasa global. Justeru, semua pihak perlu menghentikan spekulasi dan sentimen buruk terhadap kerajaan kerana ia memberi kesan negatif kepada Negara.

Ends/alizaali/Maria/Senthu/Cov

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s