03/09/2015:APMM Labuan Rampas 40-Ribu Liter Diesel

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)Labuan merampas 40-ribu liter diesel dengan anggaran nilai sebanyak 72-ribu ringgit berhampiran tebing Sungai Klias, Beaufort pada kira-kira pukul 11 malam, Selasa lepas.

Enam lelaki, seorang daripadanya warga Indonesia dan bakinya warga Malaysia, ditahan dan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Ketua Penguat Kuasa APMM Labuan Kapten (Maritim) Che Adnan Md Isa berkata, turut dirampas ialah sebuah bot tunda dan dua lori tangki yang digunakan untuk pemindahan haram bahan api seludup.

Bercakap dalam sidang media di Labuan, beliau berkata, diesel itu yang masih dalam siasatan sama ada ia diesel bersubsidi, dipercayai cuba diseludup keluar dari Labuan.

Sementara itu Pengarah Operasi APMM daerah Labuan, Komander Maritim Mohd Khairi Abd Aziz berkata, sekurang-kurangnya 1-ribu 100 pemeriksaan dijalankan pada tahun ini dengan 33 tangkapan dibuat.

Ends/Donny (Bern/Donny)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s