03/09/2015:Kejayaan UMS Bantu Pembangunan Dan Kemajuan Negeri

Kejayaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjana satu transformasi pembangunan dalam tempoh yang pantas secara tidak langsung telah membantu pembangunan dan kemajuan negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, transformasi itu juga telah memberi nilai tambah dari segi pembangunan modal insan, peningkatan taraf hidup dan ekonomi masyarakat sekitarnya.

Beliau berucap dalam majlis lafaz ikrar dan Aku Janji Mahasiswa baru UMS di Dewan Canselori, UMS, Kota Kinabalu.

Katanya, kerajaan negeri akan terus komited dan bekerjasama dalam meningkatkan dan memajukan lagi tahap pendidikan tinggi di Sabah.

Datuk Musa turut mengajak mahasiswa UMS untuk bersama-sama menjaga dan memelihara kemerdekaan, kedaulatan dan kemakmuran yang dikecapi selama ini.

Seramai 4-ribu 481 pelajar baru UMS bagi sesi 2015/2016 melafazkan ikrar dan akujanji  dalam majlis tersebut.Turut hadir, Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah.

 
Ends/Donny (Shon/cov)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s