03/09/2015:SESB Usaha Pastikan Bekalan Elektrik Luar Bandar Mencukupi

Sabah Electricity Sendirian Berhad (SESB) sedang berusaha untuk memastikan bekalan elektrik di kawasan luar bandar sentiasa mencukupi dan stabil menerusi tiga projek talian penghantaran berkeupayaan 132-kilovolt di Sabah.

Ia membabitkan projek talian penghantaran 132-kilovolt Tenom-Nabawan, Segaliud ke Sapi Nangoh dan Kota Belud ke Ranau.

Pengurus Besar Kanan (Pembangunan Aset) SESB, Insinyur Abdul Nasser Abdul Wahid berkata, ketiga-tiga projek tersebut yang dilaksanakan menerusi peruntukan Rancangan Malaysia ke-Sepuluh (RMK-10) menelan kos kira-kira 400-juta ringgit.

Beliau menyatakan demikian kepada media selepas sesi taklimat dan lawatan tapak projek talian penghantaran 132 kilovolt Tenom ke-Nabawan di Stesen Pensuisan Utama (MSS) di Kampung Lagud, Tenom. Turut serta dalam lawatan itu, Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raimie Unggi.

Ketiga-tiga projek berkenaan dijangka siap sepenuhnya tahun depan.  Projek talian penghantaran dari Tenom ke Nabawan akan siap awal tahun depan, Segaliud ke Sapi Nagoh akan siap pertengahan tahun depan dan Kota Belud ke Ranau akan siap hujung tahun depan.

Ends/Donny (Donny/cov)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s