03/09/2015:Sumbang 60 Peratus Keperluan Tenaga Mahir Bidang Pertanian

Institut Pertanian Sabah dan Pusat Latihan Vokasional Pertanian berupaya menyumbang sekurang-kurangnya 60 peratus daripada keperluan tenaga mahir bidang pertanian di Sabah.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin berkata, ini memandangkan “trend” penyerapan tenaga kerja di sektor perladangan swasta semakin meningkat dan terbuka.

Beliau berucap merasmikan Konvokesyen Institut Pertanian Sabah ke-43 dan Pusat Latihan Vokasional Pertanian ke-31 di Institut Pertanian Sabah, SImpang Menggaris, Kota Belud.

Tambahnya, bagi menyokong kedua-dua institusi latihan itu, kerajaan akan menyalurkan sejumlah peruntukan bagi meningkatkan persekitaran pembelajaran agar lebih kondusif, menggunapakai teknologi ICT, mengaplikasi mekanisma dan teknologi moden.

Dalam majlis itu, seramai 118 pelajar menerima Sijil Pertanian Malaysia daripada Institut Pertanian Sabah manakala 99 orang lagi menerima Sijil Vokasional Pertanian daripada Pusat Latihan Vokasional Pertanian.

Ends/Donny (Rastwin/Teks)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s