04/09/2015:10 Lelaki Bersenjata Rompak Bot Nelayan

Sekumpulan 10 lelaki bersenjata api merompak sebuah bot nelayan di perairan berhampiran Pulau Jambongan pada Selasa lepas.

Dalam kejadian pukul 8 malam itu, perompak dipercayai dari Filipina melarikan udang seberat 230 kilogram dan 800 liter minyak diesel dari bot nelayan yang berdaftar di Sandakan.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superitendan Sivanathan Velautham berkata, polis hanya menerima laporan kejadian itu daripada juragan bot berkenaan kira-kira 12 tengah hari kelmarin, berikutan jarak yang jauh daripada tempat kejadian.

Menurut Sivanathan, dalam laporan polis itu, juragan bot berusia 45 tahun itu mendakwa kerugian kira-kira 7-ribu ringgit. Kes disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api.

Bercakap kepada pemberita di Sandakan, Sivanathan berkata, kumpulan lelaki itu tidak memakai topeng dan tiada tembakan dilepaskan.

Kejadian berlaku di kawasan laut dalam, berhampiran rumah api, juga bersempadan dengan perairan antarabangsa Malaysia dan Filipina.

Juliana/Bernama
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s