04/09/2015:Padang Sintetik Jimat Kos Penyelenggaraan

Pembinaan lebih banyak padang sintetik di negeri ini, mampu mengatasi masalah padang tidak rata, air bertakung dan padang rumput mudah rosak. 

Pengurus Besar Kanan Pembinaan Pasukan Projek Sabah (PPS), Rosli Mohamed berkata, pembinaan padang sintetik menjimatkan kos penyelenggaraan dan lebih tahan lasak, berbanding padang rumput biasa.

Di Sabah, terdapat dua padang sintetik yang menelan belanja sebanyak 3.6 juta ringgit. Kedua-dua padang tersebut siap pada Jun lalu dan akan diserahkan kepada Kementerian Belia dan Sukan, selewat-lewatnya akhir bulan ini.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita RTM, pada perlawanan bola sepak persahabatan antara pasukan PPS menentang pasukan RTM Sabah di Likas.

Dalam perlawanan persahabatan itu, PPS tewas kepada pasukan RTM Sabah dengan jaringan 3 – 6. Kekalahan itu merupakan kekalahan pertama PPS.

Ends/Ear/Aj/Cov – Esna
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s