04/09/2015:Perkembangan Perbicaraan Kes Pencerobohon Lahad Datu

Perkembangan perbicaraan kes 30-individu berhubung pencerobohan kumpulan bersenjata Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada Februari 2013.

Seorang kakitangan pemprosesan pemintasan komunikasi, memberi keterangan sebagai saksi dilindungi di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, hari ini.

Menurut saksi itu, seorang wanita yang dipanggil ‘sayang’ dalam perbualan telefon yang dikaitkan pencerobohan di Lahad Datu, menunjukkan bahawa mereka boleh menjadi suami isteri.

Katanya, wanita itu yang digelar ‘wanita Sabah’ menelefon suspek Datu Amir Bahar menggunakan nombor telefon kedua yang dipintas oleh polis.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar, saksi itu berkata, Datu Amir Bahar telah dikenalpasti dalam perbualan berdasarkan intonasi dan gaya yang digunakannya ketika berbual dalam bahasa Suluk. Datu Amir Bahar turut memperkenalkan dirinya dalam panggilan telefon.

Perbicaraan di Jabatan Penjara Negeri bersambung pada 7 September ini.

Maria/WN/Juliana
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s