07/09/2015:Makan Lewat Malam Mengundang Pelbagai Penyakit

Amalan rakyat Malaysia yang gemar mengambil makanan walaupun lewat malam boleh mengundang pelbagai penyakit.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, keadaan itu berbeza jika dibandingkan dengan rakyat negara lain yang sukar mendapat makanan selepas jam 11 malam.

Beliau menyatakan demikian ketika merasmikan Persidangan Kesihatan Awam Asia Pasifik Keempat di Kuantan.

Menurut Dr Subramaniam, pelbagai inisiatif telah disediakan untuk mendidik masyarakat mengenai pemilihan makanan bernutrisi. Ia termasuk menyediakan aplikasi yang dikenali sebagai ‘MyNutriApp’ untuk mengira jumlah kalori yang diambil dalam makanan.

Kementerian Kesihatan turut menggalakkan aktiviti fizikal dalam kalangan rakyat bagi memupuk budaya berekreasi.

Beliau juga telah mencadangkan di Kabinet supaya semua projek yang diluluskan kerajaan harus menyediakan ruang untuk berekreasi atau yang menjurus kepada kesihatan baik.

 
Juliana/Bernama
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s