07/09/2015:110 Kes Pendakwaan Jenayah Rogol Direkod Di Sabah Bagi Tempoh 6 Bulan Tahun 2015

Bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, sebanyak 110 kes pendakwaan jenayah rogol direkodkan di Sabah berbanding 223 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata bagi, jenayah melibatkan penderaan kanak-kanak pula, bagi tempoh sama terdapat tujuh kes, yang mencatatkan penurunan berbanding 19 kes tahun lepas.

Katanya, statistik itu menunjukkan pihak kerajaan memandang serius jenayah yang melibatkan kanak-kanak dan wanita di Sabah.

Beliau berucap demikian ketika merasmikan Seminar Mengenai Hak dan Isu-Isu Wanita dan Kanak-kanak, di Tawau.

Menurut Nancy, kerajaan melalui Jabatan Peguam Negara Cawangan Sabah telah mengambil tindakan sewajarnya dalam memastikan hak dan kepentingan wanita dan kanak-kanak sentiasa terpelihara dengan mengambil tindakan penguatkuasaan undang-undang.

Katanya, Jabatan Peguam Negara sedang mengkaji kemungkinan untuk meminda dan meluaskan definisi rogol yang sedia ada di bawah Seksyen 375 Kanun Keseksaan.

 

Juliana/Bernama

sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s