07/09/2015:RM 100 Juta Untuk Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar Di Paitan

Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) memperuntukkan lebih seratus juta ringgit bagi projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (B.E.L.B) di daerah kecil Paitan.

Projek itu yang dilaksanakan sejak Disember 2014 dijadual siap hujung tahun depan.

Pada masa ini, projek yang dikendalikan kontraktor Cahaya Metro Sdn Bhd sedang dalam proses pembinaan 7 stesen solar Hibrid untuk bekalan elektrik membabitkan 12-kampung. Ia akan memberi manfaat kepada lebih 700-rumah penduduk di kawasan Paitan.

Pembinaan Projek BELB Paitan berkenaan dilancarkan Ahli Dewan Undangan Negeri Sugut Datuk James Ratib.

Ketika ditemui media selepas pelancaran itu, Datuk James berkata, projek BELB merupakan usaha kerajaan menyediakan kemudahan bekalan elektrik kepada pengguna luar bandar melalui pembinaan Solar Hibrid di kawasan perkampungan.

Katanya, selain kemudahan BELB, daerah kecil Paitan akan turut dibangunkan dengan jalan raya berturap, sekolah baharu, loji rawatan air serta peningkatan pendapatan menerusi penanaman kelapa sawit dan getah.

 
sjk/Roslia/Cov/Juliana
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s