08/09/2015:ATM Bersiapsiaga Hadapi Ancaman Pencerobohan

Angkatan Tentera Darat (ATM) sentiasa bersiap siaga dalam berhadapan apa jua bentuk ancaman pencerobohan  mahupun aktiviti militan yang mampu mengugat kedaulatan negara. 

Panglima Angkatan Petugas 450 Kem Lok Kawi, Mejar Jeneral  Datuk Haji Masrani Paiman berkata, kekuatan lebih tiga ribu anggota tentera di 9 batalion sektor utara dan selatan mampu mengekang Jenayah Rentas Sempadan.

Ini termasuk penculikan dan rompakan laut yang merupakan ancaman terbesar di kawasan pantai timur Sabah. Bagaimanapun, insiden berkenaan berkurangan dengan ketara sejak Esscom ditubuhkan. 

Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena Perbarisan Serah Terima Pasukan Pemerintahan Trup Divisyen dan Serah Terima Tugas Panglima Angkatan Petugas 450 di Kem Lok Kawi. Ia turut disaksikan, Panglima Pemerintahan Medan Timur, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zaki Hj Mokhtar. 

Mejar Jeneral Dato Zulkapri Rahmat akan menggantikan Mejar Jeneral  Datuk Hj Masrani Paiman, yang berpindah ke Markas Angkatan Bersama sebagai ketua staf di Kementerian Pertahanan (MINDEF).  

Rita/Za/Cov/Rina
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s