08/09/2015:Cadangan Wujud Jabatan Hal Ehwal Wanita Di Setiap Daerah

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna,Datuk Hajah Jainab Haji Ahmad Ayid menyarankan pewujudan Pejabat Cawangan Jabatan Hal Ehwal Wanita di daerah-daerah utama di negeri ini.

Beliau berharap cadangan itu diambil kira dalam pembentangan Bajet 2016, Oktober depan. Ini penting memandangkan agenda pembangunan wanita merupakan salah satu fokus negeri dan negara.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS), Datuk Hajah Mariati Robert berharap lebih ramai wanita memegang jawatan penting dalam pentadbiran di negeri ini. 

Ini kerana banyak kajian menunjukkan dengan penglibatan wanita sebagai pembuat keputusan, lebih banyak perhatian diberikan terhadap isu kekejaman, penjagaan kesihatan, perancangan keluarga dan akauntabiliti korporat.

Sehubungan itu, MPWS giat berusaha untuk melibatkan wanita di semua peringkat bagi mempertingkatkan kualiti hidup mereka.

 
Ends/Juliana/DD/Cov/Rina
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s