08/09/2015:PERKESO Giat Laksana Program Tingkat Kesedaran Keselamatan Pekerja

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) giat mengadakan pelbagai program untuk meningkatkan dan memperkasakan kesedaran tentang keselamatan pekerja sama ada di dalam atau luar kawasan tempat kerja.

Timbalan Pengarah PERKESO Negeri, Ali Mohd Hindia berkata usaha itu penting bagi mengurangkan kadar kemalangan di negeri ini sekaligus meningkatkan tahap kesedaran masyarakat khususnya di kawasan luar bandar mengenai pentingnya mengutamakan keselamatan.

Beliau menyatakan demikian dalam sidang media Program Advokasi Pencegahan Kemalangan anjuran PERKESO bersama Syarikat Kumpulan BTC Berhad di Kota Kinabalu.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Sabah, Mohd Khalid Mohd turut menggesa orang ramai untuk memainkan peranan masing-masing dalam memastikan tahap keselamatan kenderaan berada di tahap optimum.

Pada program ini, sebanyak 20 unit topi keledar diedarkan secara percuma kepada kakitangan BTC Berhad.

Ends/Shon/HS/Cov/Rina
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s