08/09/2015:UPSR Bermula Hari Ini

Seramai 43-ribu 641 calon mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula hari ini di seribu-85 Pusat Peperiksaan seluruh negeri.

Antaranya, enam calon yang terpaksa mengambil ujian berkenaan di 3-buah hospital iaitu Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) Likas, Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu dan Hospital Lahad Datu. 

Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Jame Alip yang berkesempatan membuat tinjauan di HWKSS memaklumkan, kesemua calon terbabit dibenarkan mengambil ujian di hospital dengan bimbingan guru masing-masing dan selepas mendapat kebenaran pegawai perubatan.

Terdahulu, beliau juga berkesempatan meninjau keadaan di SK Malawa Telipok bagi melihat 108-pelajar Tahun 6 yang menduduki ujian berkenaan.

UPSR yang berlangsung selama 3-hari melibatkan lebih  455-ribu calon di seluruh negara  yang dikendalikan 49-ribu 655 petugas peperiksaan, termasuk 4-ribu 358 petugas di negeri ini.

Ends/oli/ra/cov/Rina
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s