15/09/2015:Bawa Sabah Keluar Malaysia Bukan Jalan Penyelesaian

“Membawa Sabah keluar daripada Malaysia bukan jalan penyelesaian kepada masalah yang melanda negeri ini.” Demikian dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup.

Jelas beliau, antara isu-isu yang sudah lama dibangkitkan di Sabah seperti pembangunan infrastruktur di luar bandar, isu keselamatan, kadar kemiskinan, pendatang asing tanpa izin (PATI) dan  pengangguran.

Beliau berkata demikian kepada pemberita RTM selepas menjadi tetamu dalam segmen Ekspresi, SabahFM di Kota Kinabalu.

Dalam segmen tersebut, Tan Sri Kurup mempelawa orang ramai khususnya ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), pemimpin masyarakat dan para belia untuk menghadiri Persidangan Integrasi dan Perpaduan Nasional yang akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Magellan Sutera, Kota Kinabalu ESOK. Antara perkara-perkara yang akan dibincangkan dalam persidangan itu, perkembangan ekonomi dan sosial di Sabah, isu 20-Perkara (20-Points) dan peranan belia di Sabah.

 
Rtka/Rtka (FLA/ZA/cov)
 sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s