15/09/2015:Jangan Eksploitasi Pelaksanaan GST

Golongan peniaga perlu lebih bertanggungjawab dengan tidak mengeksploitasi pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan GST untuk menaikkan harga.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Hajah Jainab Datuk Ahmad Ayid berkata, perkiraan kadar GST yang hanya melibatkan 6 peratus berbanding 10 peratus Cukai Jualan dan Perkhidmatan SST seharusnya menyebabkan beberapa barangan dijual pada kadar lebih murah.

Beliau berucap dalam Majlis Taklimat GST Zon Sabah dan Pendidikan Pengurusan Kewangan Koperasi di Kota Kinabalu.

Datuk Jainab berkata, kenaikan harga beberapa barangan di pasaran bukan semata-mata disebabkan GST sebaliknya faktor harga pasaran dunia terutama bagi barangan import.

Sehubungan itu, pengguna perlu bijak dengan memilih barangan tempatan yang setanding barangan import. Mengenai industri koperasi di negeri ini, beliau mahu sektor koperasi menjadikan pelaksanaan GST sebagai suatu cabaran untuk meningkatkan kemampuan bersaing khususnya dalam sektor peruncitan yang memberi pulangan lumayan kepada koperasi di Sabah.

Terdapat 80 koperasi berdaftar di negeri ini.

 

Rtka/Rtka (ss/asmat/cov)

sheryl

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s