17/09/2015:JBPM Bersiap Sedia Bantu Indonesia Tangani Kebakaran Hutan

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sentiasa bersiap sedia menghulurkan bantuan kepada Indonesia bagi menangani kebakaran hutan yang berlaku dalam usaha mengatasi masalah jerebu yang melanda negara ketika ini.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang panggilan daripada Indonesia untuk turut serta dalam operasi memadam kebakaran berkenaan.

Beliau memberitahu sidang media sempena lawatan rasmi kerja beliau ke Tawau.

Mengenai lawatan itu, Datuk Wan Mohd Nor berkata, pihaknya bercadang membina jeti konkrit di kawasan perkampungan air yang bertindak sebagai penghalang api dari memusnahkan lebih banyak kediaman jika berlaku kebakaran.

Turut dirancang pembinaan balai bomba kedua Tawau bagi menampung keperluan pada masa kini.

Pembinaan balai kedua penting memandangkan balai bomba sedia ada tidak boleh diperluaskan.

Maria (Maria/Brna)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s