17/09/2015:Manfaat Potensi Pasaran Halal Global

Peniaga bumiputera Islam seharusnya memanfaatkan potensi pasaran halal global yang kini mendapat permintaan tinggi dari seluruh dunia.

Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Ruzlan Abd Malek berkata, selain memenuhi permintaan keperluan penduduk negara beragama Islam, nilai pasaran halal global bernilai 1.3 trilion ringgit menjelang 2018 wajar direbut para peniaga.

Bagi membolehkan usahawan bumiputera Islam memasarkan produk ke luar negara, MARA akan membantu mendapatkan sijil halal dan Sijil Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) dan Sijil Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP).

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan seminar ‘Memperkasa Keusahawanan Halal’ di Kota Kinabalu.

Dalam pada itu, Ruzlan berkata, MARA menyediakan 18 unit kilang bagi membantu usahawan mambangunkan perniagaan dan memasarkan produk mereka ke peringkat antarabangsa.

Kilang yang terletak di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) di Sepanggar itu dijangka beroperasi awal tahun depan.

Beliau berkata, kilang berkenaan terbuka kepada usahawan bumiputera di Sabah dengan kadar sewa 23 peratus lebih rendah dari harga pasaran.

Maria(Salma/Cov)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s