17/09/2015:Program Larian Sehati Sejiwa RTM Dapat Sambutan Menggalakkan

Program Larian Sehati Sejiwa RTM anjuran Sabahfm mendapat sambutan menggalakkan dengan seribu peserta telah berdaftar menyertai larian itu. Jumlah tersebut melebihi sasaran 700 peserta. 

Acara yang berlangsung Sabtu ini itu akan bermula pukul 7.15 pagi di perkarangan Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dengan jarak larian sejauh 7.5 kilometer.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Rancangan Radio, Abang Sulaiman Abg Joh, program itu bagi merancakkan sambutan Hari Malaysia dengan harapan melahirkan masyarakat bersatu padu dan menggalakkan gaya hidup sihat.

Selain itu, ia juga untuk mewar-warkan kepada orang ramai tentang aktiviti-aktiviti Radio Malaysia Sabahfm.

Abang Sulaiman berkata, larian tersebut menawarkan hadiah wang tunai 250 ringgit kepada johan, naib johan 200 dan tempat ketiga 100 ringgit, medal dan sijil penyertaan, masing-masing bagi pemenang kategori wanita dan lelaki. Manakala 100 medal diberikan kepada pelari lelaki dan wanita yang melepasi tempoh masa ditetapkan.

Pelbagai acara lain turut diadakan, antaranya pertandingan mewarna kanak-kanak, karaoke, pameran agensi-agensi kerajaan, penyerahan kunci replika Pemenang Cabutan SSP Tempatan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi pemenang bulan Julai dan Ogos 2015.

Acara lain, persembahan hiburan, anugerah keluarga sehati sejiwa, likers fan page Sabahfm bertuah dan cabutan tiket bertuah.

Maria (Ezme/Cov)
sheryl
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s